• Daftar

Kursus PBS P. Islam Tingkatan 1 MRSM SeMalaysia

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1 telah berjaya disempurnakan oleh lebih 40 orang peserta dari setiap MRSM. Kursus yang berobjektif untuk menyedia dan memurnikan modul PBS P. Islam Tingkatan 1 ini, di adakan di AnCasa Express, ditengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur pada 11-13 September 2012.

Dalam kursus yang dikendalikan oleh Tuan Haji Muhammad Adzli bin Mansor (Guru Cemerlang P. Islam MRSM Ulul Albab Kota Putera) ini, para peserta mendapat taklimat tentang PBS di sekolah menengah dan berebengkel untuk menyedia dan memurnikan modul khas pbs MRSM. 

Hasil bengkel boleh didapati dari wakil setiap MRSM yang menyertai kursus ini atau klik di sini.

  

Unit P.Islam & B. Arab MRSM

Unit yang menggabungkan guru-guru Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Tahfiz Al Quran Maktab Rendah Sains MARA seluruh Malaysia. Ikrar kami adalah untuk berkhidmat sedaya upaya bagi menyahut aspirasi ummah melahirkan Generasi Pintar Soleh Serba Boleh. Semoga usaha ini diberkati Allah Taala.

Al Quran Online